Pages

World Order

Friday, April 22, 2011
WORLD ORDER

Apakah yang anda ketahui mengenai World Order? Sekiranya di"translate"kan dalam bahasa Melayu, ianya akan menjadi "Arahan Dunia". Setiap manusia yang bergelar pemimpin sudah tentu mahukan semua manusia menuruti segala arahan yang diperintahkannya yang mana untuk mencapai tahap yang paling tertinggi di dunia. Meneliti kepada kajian sejarah, World Order ini sering berubah dari zaman ke zaman disebabkan beberapa faktor.
Pada era masa kini, Amerika Syarikat (United State of America) telah menjadi World Order, dimana semua pemimpin dikebanyakan negara menjadikan Amerika Syarikat sebagai penunjuk aras ataupun model ikutan yang meliputi politik, ekonomi serta sosial.

New World Order (conspiracy theory)

In conspiracy theory, the term New World Order or NWO refers to the emergence of a bureaucratic collectivist one-world government. The common theme in conspiracy theories about a New World Order is that a secretive power elite with a globalist agenda is conspiring to eventually rule the world through an authoritarian world government — which replaces sovereign nation-states — and an all-encompassing propaganda that ideologizes its establishment as the culmination of history's progress. [source]
New World Order merupakan theori konspirasi? Inilah merupakan theori yang digunakan oleh Amerika Syarikat ataupun Freemason selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyyah di Turki oleh  Mustafa Kemal Atatürk. Sebelum keruntuhan Empayar Turki Uthmaniyyah, tamadun ISLAM telah mencapai World Order pada zaman pemerintahan Empayar Abbasiyah di Damsyik, dimana pada zaman ini tamadun ISLAM telah menguasai dua pertiga dunia. Dua pertiga dunia merupakan satu jumlah yang agak besar. Pada zaman inilah wujud pelbagai jenis ilmu yang mashur seperti ilmu perubatan (medic), ilmu astronomi (falak), ilmu matematik dan segala jenis ilmu yang terdapat didunia ini. Kegiatan pencarian ilmu amat pesat pada zaman Empayar Abbasiyah. Bilangan tentera ISLAM pada ketika itu amatlah banyaksekali dimana ada suatu kisah mengatakan,
Pada suatu ketika, seorang wanita ISLAM telah diganggu oleh tentera Rom, wanita itu telah menjerit nama Sultan yang memerintah pada zaman itu. Berita mengenai kejadiaan itu telah sampai ke telinga Sultan, dan Sultan telah menghantar utusan kepada raja Rom dengan mengatakan, "Barisan pertama tentera ISLAM telah sampai disempadan Rom yang mana di barisan akhirnya belum keluar dari kota, dan mereka ini merupakan tentera berani mati"
Raja Rom pada masa itu amat takut dengan Empayar Abbasiyah, lalu dia memerintahkan tenteranya menghantar wanita itu dengan selamat.
Kisah ini menunjukkan kepada kita betapa ramainya tentera ISLAM ketika itu. Namun Empayar Abbasiyah yang kuat itu telah ditumbangkan oleh Perang Salib pertama dan juga serangan Bangsa Mongol yang tidak pandai membaca dan tidak perpengetahuan serta mempunyai jumlah yang sedikit jika dibangdingkan dengan jumlah tentera Empayar Abbasiya. Faktor utama kejatuhan Empayar Abbasiyah adalah merupakan kelalaian terhadap matlamat asal penyebaran ISLAM, dimana terlampau fokuskan terhadap perkara yang remeh-temeh serta duniawi.

Cuba kita renungkan sejenak kegemilangan Empayar Abbasiyah yang kita banggakan telah hancur musnah oleh sekumpulan bangsa yang tidak bertamadun dan tidak pandai membaca. Bangsa Mongol ini juga telah melenyapkan pelbagai jenis ilmu yang telah dibukukan oleh cendiakawan ISLAM, dimana kebanyakan buku itu dibakar dan dilemparkan ke laut untuk dibuat jalan.

Namun pengaruh Empayar Abbasiyah masih lagi wujud pada zaman moden ini, dimana setiap graduan yang berjaya menamatkan pengajiannya, akan memakai jubah serta topi sewaktu hari konvokesyen. Jubah serta topi ini merupakan cebisan pengaruh Empayar Abbasiyah yang mana pada zaman itu, semua cendiakawan ataupun bijak pandai ISLAM memakai jubah serta serban.

Sebagai individu muslim, kita seharusnya mempunyai visi untuk mencapai tahap World Order yang mana kita dapat melaksanakan tanggunggjawab kita sebagai seorang hamba serta sebagai seorang khalifah di muka bumi ini. Mungkin pada zaman Mekah (zaman jaliliah), Nabi Muhammad SAW hanya dapat menarik sebanyak 313 orang untuk memeluk agama ISLAM, namun kita yang berada di zaman moden (zaman jahiliah moden) dapat melakukannya dengan lebih baik dengan perkembangan teknologi serta penyebaran maklumat yang pantas melalui Facebook, Tweeter dan sebagainya.


Untuk mencapai World Order :
1. Individu Muslim
2. Keluarga
3. Masyarakat
4. Negara Islam
5. Kerajaan Islam
6. Empayer Islam
7. Islam World Order

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Mechalution © 2011 | Designed by Bingo Cash, in collaboration with Modern Warfare 3, VPS Hosting and Compare Web Hosting