Pages

10 Muwashafat Tarbiyah

Friday, April 29, 2011

Sesebuah bangunan tidak akan kukuh sekiranya tidak dibina dengan ikatan simen yang kuat yang menetapkan posisi batu-bata. Hasilnya, bangunan tersebut mampu bertahan daripada beban yang dikenakan terhadap bangunan tersebut. Begitulah juga sinonimnya dengan ciri sesebuah umat. Tidak akan wujud umat yang kuat tanpa adanya individu yang berkualiti yang hidup di dalamnya. Oleh kerana itu, proses pembinaan individu dalam sesebuah umat itu menjadi teras kepada kecemerlangan dan kegemilangan umat. Ciri-ciri yang ada pada individu tersebut hendaklah menjurus kepada pembinaan individu muslim yang integral.
         Persoalannya ialah, Apakah ciri-ciri yang selayaknya ada pada diri mereka? Apakah tujuan ciri-ciri tersebut diperlukan? Bagaimanakah caranya membina individu-individu tersebut?
         Hassan al-Banna dalam Risalah Taalim dengan cermat telah meringkaskan profil individu yang dikehendaki menjadi 10 muwashafat  standard:
1.     Salimul Aqidah (aqidah yang lurus)
2. Shahihul Ibadah (ibadah yang benar)
3.  Matinul Khuluq (akhlak yang unggul)
4. Qadirun ‘alal Kasbi (berdikari)
5.  Mutsaqqal Fikri (pengetahuan yang luas)
6.  Qawiyul Jismi (jasmani yang kuat)
Setiap individu dituntut untuk memiliki jasmani yang kuat dan sihat.

7. Mujahidun lin Nafsi (melawan hawa nafsu)
Setiap individu dituntut unutk bersungguh-sungguh memerangi hawa nasfsunya dan sentiasa mengukuhkan diri dengan hukum-hukum Allah melalui ibadah dan amal soleh. Ini memberi erti kita berjihad melawan pujuk rayu syaitan yang menjerumuskan manusia ke arah kejahatan dan kebatilan.

8. Munadzam fi Syu’unihi (tersusun dalam urusan)
Setiap individu dituntut unutk mengurus urusannya dengan baik sehingga mendapat hasil yang memuaskan.
9. Harisun ‘ala Waqtihi (menjaga waktu)
          Setiap individu dituntut bijak memanfaatkan waktunya dengan baik dengan pelbagai kegiatan positif.

10. Nafi’un li Ghairihi (bermanfaat kepada orang lain)
Setiap individu dituntut unutk bermanfaat kepada orang lain.


Salimul Aqidah – Aqidah yang lurus
Setiap individu dituntut memiliki akidah yang lurus. Ini hanya dapat diperoleh dengan pemahaman yang benar dan integral terhadap al-Quran dan as-Sunnah. Mengimani rukun iman menjadi perkara yang penting dalam mencapai ciri ini.
Aqidah adalah tiang yang paling penting dalam Islam. Aqidah yang benar adalah penentu samada seseorang Insan itu layak melangkah ke Syurga atau tidak. Firman Allah s.w.t. dalam al-Qur’an yang bermaksud,
“Tiada Deen yang diredhai Allah melainkan Islam”
Berpegang dengan akidah yang benar lagi murni adalah syarat pertama bagi seseorang mengaku dirinya beragama Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidupnya. Pegangan tersebut mestilah selari dengan apa yang terkandung di dalam Kitabullah (Al-Quran) dan sunnah Rasulullah s.a.w. Ia mestilah beriman dengan apa yang telah diimani oleh orang-orang Islam terdahulu yang terdiri dari angkatan Salafus-Saleh serta para Imam penyampai agama ini yang telah diakui kebaikan, kebaktian serta ketakwaan mereka. Mereka ini mempunyai kefahaman yang mendalam lagi bersih dalam urusan agama.
Aqidah terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Rububiyah, Uluhiyah, dan Asmaul Sifat. Rububiyyah ialah kita meyakini bahawa Allah adalah ‘Rabb’/tuan punya bagi segala sesuatu dan tiada selainNya. Uluhiyah pula ialah kita meyakini bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Asmaul Sifat pula ialah kita meyakini Allah bersifat dengan sifat kesempurnaan, bebas daripada segala kekurangan dan tidak menyerupai mana-mana makhluk. Apabila ketiga tiga ini ada pada seorang individu, bermakna dia telah mempunyai dasar keIslaman yang kukuh dalam dirinya. Secara umumnya, ciri ini menuntut kita meletakkan segalanya hanya pada Allah, bukan pada makhluk-makhluk yang lain. Perbuatan seperti meramal, menilik, menyembah kubur serta amalan-amalan yang menjadikan makhluk atau benda sebagai ilah (sebab) wajib dijauhi. Ciri ini juga menuntut kita menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan. Tidak boleh seseorang itu hanya mengambil sebahagian sahaja hukum daripada al-Quran sementara mengingkari sebahagian yang lain.
         Di dalam buku Apa Erti Saya
1.     Saya mestilah beriman bahawa pencipta alam ini adalah Allah, Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan sesiapapun.
2.     Mestilah beriman bahawa Tuhan yang Mada Mulia tidaklah mencipta segala kejadian alam secara sia-sia tanpa apa-apa tujuan. Kerana mustahil bagi Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan itu mencipta sesuatu secara sia-sia.
Bagaiamana sekiranya individu tidak mempunyai pegangan aqidah yang lurus? Adakah layak dia berada dalam sebuah umat yang menuntut pelaksanaan Islam secara menyeluruh. Jawapannya tentu tidak. Cuba bayangkan sekiranya seorang guru yang mengajar matematik tidak mempunyai asas matematik yang kukuh. Beliau tentu akan sering membuat kesilapan dalam mengajarkannya.
"Iman bukanlah cita-cita mahupun angan-angan. Namun, Iman adalah apa yang tersemat di dalam jiwa dan dilahirkan melalui Amal”

Shahihul Ibadah – Ibadah yang benar
Setiap individu dituntut untuk beribadah sesuai dengan petunjuk yang telah disyariatkan kepada Rasulullah, tidak kurang dan tidak lebih.
Ibadah kita perlulah mengikut syara'. Tidak terlalu kurang namun pada masa yang sama tidak berlebih-lebihan yakni mengikut Qu’ran dan Sunnah disamping menilai ijtima’ ulama’-ulama’ yang Muktabar. Sewajarnya kita sebagai Muslim menjadikan Syara’ sebagai kayu ukur dalam urusan seharian. As-Shafiee sendiri pernah menyatakan
“Perumpamaan orang yang menuntut ilmu tanpa dalil adalah seperti pengumpul kayu api di waktu malam. Dia membawa kayu api yang terdapat seekor ular bersamanya. Lalu ular tersebut mematuknya tanpa dia sedari.”
 Justeru, seharusnya kita beribadah mengikut cara-cara yang sahih yang berpandukan Qur’an dan Sunnah dan disepakati Ijtima’ para Ulama’ Muktabar. Beribadahlah dengan keyakinan dan tanpa was-was kerana ia boleh sedikit sebanyak mengganggu perjalanan ibadah kita.




Matinul Khuluq – Akhlak yang unggul
Setiap individu dituntut untuk memiliki akhlak yang mulia sebagaimana dicontohkan oleh Rasulullah.
Akhlak yang unggul merupakan aset penting pada diri seorang Muslim. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud,
“Mukmin yang paling sempurna adalah Mukmin yang paling baik akhlaknya”
Rasulullah S.A.W. telah memberi petunjuk kepada kita bahawa pentingnya berakhlak mahmudah (terpuji). Malah, perutusan Rasulullah s.a.w. adalah untuk melengkapkan akhlak yang mulia. Justeru, perlulah kita sebagai insan biasa untuk berusaha sedaya mungkin dalam hemah dan etika kerana imej kita sebagai Muslim mencerminkan perspektif manusia terhadap Deen kita sendiri. Tidak perlu saya panjangkan perbicaraan saya ini dengan mengupas realiti yang berlaku dalam kalangan masyarakat hari ini kerana saya tahu semua sudah sedia maklum tentangnya. Bahkan saya pasti, kebejatan moral yang berlaku pada hari ini sudah amat biasa atau sinonim dengan kita. Cuma persoalannya di sini, apa tindakan kita ke atasnya dan sejauh mana kita peduli terhadap apa yang berlaku. Muslim bukanlah setakat TAHU, namun sebaiknya hendaklah MAHU untuk berAMAL berdasarkan apa yang diketahuinya. Syeikh Yusuf alQaradhawi tamsilannya, pernah menyatakan, “Barangsiapa yang mahu melihat masa depan sesebuah Negara, maka perlulah ia lihat remajanya pada hari ini”. Kenyataan ini membuktikan Akhlak yang Unggul adalah aset berharga yang perlu dipupuk sejak dari kecil.

Qadirun ‘alal Kasbi – Berdikari
Setiap individu dituntut untuk berdikari dalam urusan peribadi, tidak bergantung kepada orang lain semata, mata pencarian dan tidak menganggur.

Sebagai seorang Muslim, seharusnya kita berdikari dalam hidup kita. Sebaiknya kurangkanlah bergantung kepada orang lain. Hal ini memainkan peranan penting dalam kehidupan kita kerana sedikit sebanyak ia mengajar erti kesusahan kepada kita. Hal ini sebagai motivasi dan anjakan paradigma kepada kita dalam mengurus kehidupan ke arah kehidupan yang lebih produktif dan lebih baik. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud
“Jikalau di tangan kananmu mempunyai benih dan namun kamu tahu bahwa keesokan harinya akan kiamat maka tanamlah biji benih itu.”
 Hal ini sejajar dengan prinsip berkerja yang produktif yakni beramal dan berkerja sebaik mungkin. Justeru, saya di sini menyeru diri saya dan pembaca-pembaca sekalian untuk berkerja dan berdikari sebaik mungkin. Moga-moga Allah memberkati usaha kita insyaAllah.




Mutsaqqal Fikri
Pengetahuan yang luas
Setiap individu dituntut memiliki pengetahan yang luas, baik dalam urusan agama mahupun dunia.
Sebagai seorang Muslim, seharusnya kita berusaha membuka seluas-luasnya mentaliti dan pemikiran kita. Kita sudah terlalu sedia maklum tentang kewajiban menuntut ilmu namun hakikatnya sejauh mana kita merebut peluang ilmu yang ada. Budaya membaca bagaikan terlalu asing dengan masyarakat kita. Kita seharusnya akrab dengan ilmu kerana Komuniti Intelek adalah tunjung daulah yang bertamadun. Hidup kita mestilah mempunyai visi dan prinsip-prinsip yang berlandaskan Islam. Bidang keilmuan sepatutnya menjadi teman akrab dalam hidup seseorang Muslim. Andaikata kita meneliti sejarah ketamadunan Islam pada Zaman Abbasiyah, kita dapat lihat Muslim tatkala zaman itu amat memelihara dan menghargai Ilmu. Bahkan, kemodenan Eropah hari ini merupakan hasil dari kemajuan Islam dalam bidang keilmuan itu sendiri. Imam as-Syafi’e pernah sekali menyatakan,
“Barangsiapa yang mahukan dunia, maka perlulah dia berilmu. Barangsiapa yang Mahukan akhirat maka perlulah dia berilmu. Barangsiapa mahukan kedua-duanya sekali maka perlulah dia berilmu.”
Seharusnya bagi seorang muslim mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang dan jika mampu, kita juga perlu megetahui pengetahuan yang diluar bidang kita. Ilmu amat tinggi nilainya disis Allah. Wahyu pertama yang diturunkan di Gua Hira’ menunjukkan pentingnya ilmu sebagai asas pembinaan tamadun.
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam, Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-Alaq 19:1-5)
“...Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima  pelajaran.” (Az-Zumar 39:9)

Qawiyul Jismi – Jasmani yang juat
Fizikal atau tubuh badan amat dituntut dalam Islam. Mukmin yang kuat lebih dicintai Allah daripada Mukmin yang Lemah. Hal ini menunjukkan bahawa Umat Islam yang kuat amat disukai Allah. Selain itu, ia turut membuktikan bahawa penting tubuh badan yang sihat dan kuat dalam proses Dakwah dan Tarbiyah. Kita sebagai seorang Muslim seharusnya tidak memandang enteng hal ehwal kesihatan dan kebersihan. Selain ia memainkan peranan penting dalam menjalankan usaha-usaha Dakwah, ia turut mencerminkan akhlak dan karekteristik seseorang individu Muslim. Saya teringat sewaktu mula-mula saya membuat keputusan untuk terlibat dalam Rugbi. Perkara pertama yang terbayang-bayang dalam minda saya adalah kekasaran rugbi. Bukannya senang nak ambil rugbi. Hati rasa gerund semacam sahaja. Namun, saya pun berserahlah pada Allah. Apa nak jadi pun jadilah. Namun, Alhamdulillah, selepas 2-3 minggu, Alhamdulillah, Rugbi tidaklah seteruk yang saya gambarkan, malahan, saya semakin minat Rugbi pula. Wallahu'alam.
Mujahidun Lin Nafsihi – Melawan hawa nafsu
Sebenarnya hawa nafsu itu kurniaan daripada Allah, dan sesungguhnya sekiranya dinamakan kurniaan daripada Allah semestinya ia adalah sebahagian daripada nikmat Allah, bukan? Namun kita perlu mengemudi nafsu dalam jiwa kita berlandas syariat Islam. Berjihad yang paling besar adalah jihad melawan nafsu. Nafsu adalah keperluan namun jangan sesekali dibiarkan ia bermaharajalela dalam jalbu manusia. Hari yang Sakit mudah sekali diperhambakan oleh Nafsu. Justeru, kalbu yang sakit perlulah diberi ubat. Sesungguhnya, ubat kepada Jiwa yang sakit adalah... . Oleh itu, sama-samalah kita muhasabah kembali, bersama menilai dah berfikir sejauh mana prestasi amal kita dan sama-sama memperbaiki dan meningkatkannya demi kebaikan kita bersama.

Munadzam fi Syu’unihi – Tersusun dalam urusan

Urusan hidup yang sistematik dan tersusun adalah antara ciri-ciri insan yang ingin dilahirkan dalam proses Dakwah dan Tarbiyah. Hal ini kerana, antara kunci-kunci kejayaan adalah pengurusan atau perancangan yang sistematik. Saidina Ali r.a. sendiri pernah menyatakan, “Kebaikan yang tidak tersusun boleh dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun”. Tersusunnya pengurusan hidup melambangkan elemen-elemen dalam seorang pendakwah yang profesional dan terhormat. asSyahid Imam Hasan alBanna sendiri sentiasa mengingati pengikut-pengikutnya untuk sentiasa menyediakan pen dan kertas setiap masa (sebagai imej profesionalime dan kesediaan diri). Seorang da’ie sewajarnya sentiasa bersedia dan saling mentafsirkan fenomena yang berlaku di sekelilingnya mengikut garis panduan Islam. Pengalaman saya berada di United Kingdom, pengurusan rata-rata rakyat Britain amat sistematik dan tersusun. Perancangan yang relevan dan teliti amat diambil kira dan diberi perhatian serius oleh pihak tertinggi. Kurangnya budaya Birokrasi mencerminkan Negara yang Moden dan stabil. Justeru, marilah kita sama-sama memupuk sikap sistematik dalam kalangan masyarakat kita.
Haritsun ‘ala Waqtihi – Menjaga waktu
Orang Mukmin yang dicintai Allah S.W.T. amat terjaga pengurusan waktunya. Hal ini kerana Masa adalah perkara yang amat berharga. Hasan alBanna pernah sekali memperumpamakan Waktu bagaikan Nyawa. Kita semua sudah sedia maklum akan firman Allah S.W.T. dalam surah al-Asr. Namun, seperti yang saya katakana sebelum ini, persoalan yang sebenarnya yang harus dipetengahkan ialah sejauh mana tindak-tanduk kita terhadapnya. Oleh itu, saya menyeru saudara semua untuk sama-sama kita mengeksploitasi masa yang ada semaksima mungkin dengan beramal kepada Allah S.W.T. "Telah bersabda Rasulullah saw: "Ada dua nikmat yang membuat banyak orang tertipu, iaitu waktu sihat dan waktu lapang," – (Hadis riwayat Bukhari, Tirmizi dan Ibnu Majah).

Nafi’un li Ghairihi – Bermanfaat kepada orang Lain
Berbicara tentang bermanfaat kepada orang lain, saya amat tersentuh dengan prinsip yang dipegang Ustaz Hasrizal, yakni Dakwah bukanlah sahaja memberiTAHU namun ia juga ingin memberiMAHU kerana TAHU adalah soal akal dan hakikatnya hati melibatkan MAHU. Justeru, kita bukan sahaja perlu seibuk bercakap memberitahu yakni ceramah sana, ceramah sini, namun perlu juga dineutralisasikan dengan Amal yakni dengan turun padang dalam kebajikan kerana bak kata pujangga Inggeris, “Action speaks louder than words”. Oleh itu, saya secara personalnya menyeru sahabat-sahabat sekalian untuk sama-sama turun padang memeriahkan usaha Dakwah dan Tarbiyah dan sesungguhnya Amal laksana makanan kepada Iman. Dengan beramal, insyaAllah Iman kita akan segar-bugar.

Source : Abdullah Munir

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Mechalution © 2011 | Designed by Bingo Cash, in collaboration with Modern Warfare 3, VPS Hosting and Compare Web Hosting