Pages

April Fool?

Friday, April 01, 2011
April Fools' Day is celebrated all around the world on the April 1 of every year. Sometimes referred to as All Fools' Day, April 1 is not a national holiday, but is widely recognized and celebrated as a day where many people play all kinds of jokes and foolishness. The day is marked by the commission of good humoured or funny jokes, hoaxes, and other practical jokes of varying sophistication on friends, family members, teachers, neighbors, work associates, etc. [source]

Hari April Fool merupakan hari yang disambut setiap 1 April di kebanyakan negara. Hari ini disambut dengan usikan atau gurauan terhadap kawan, musuh, jiran, dan orang lain dengan tujuan bergurau senda atau memalukan mereka. [source]

April Fool adalah nama rahsia untuk pengintip dan ejen bermuka dua yang dikatakan memainkan peranan penting dalam kejatuhan diktator Iraq, Saddam Hussein. [source]


In 1509, a French poet referred to a poisson d’avril (April fool, literally "April fish"), a possible reference to the holiday. In 1539, Flemish poet Eduard de Dene wrote of a nobleman who sent his servants on foolish errands on the 1st of April. In 1686, John Aubrey referred to the holiday as "Fooles holy day", the first British reference. On 1st April, 1698, several people were tricked into going to the Tower of London to "see the Lions washed". The name "April Fools" echoes that of the Feast of Fools, a Medieval holiday held on the 28th December.


Sejak Sepanyol dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”. [source]

Adakah betul April Fool ini diwujudkan oleh musuh Islam yang mana tarikhnya bertepatan dengan hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol pada zaman pemerintahan Kerajaan Granada iaitu pada tahun 1492 di mana kerajaan Islam terakhir di Semenanjung Iberia ditumbangkan. Kerajaan Nasiriyyah Granada yang berajakan Abu 'abd-Allah Muhammad telah dikepung oleh Kerajaan Aragon dan Castille. 400,000 nyawa umat Islam berada dalam ancaman. Setelah perundingan dijalankan dan Perjanjian Granada dimeterai pada November 1491, 2 bulan kemudian, Abu 'abd-Allah Muhammad telah menyerahkan kunci Kota Granada kepada Isabella dan Ferdinand. Abu 'abd-Allah Muhammad iaitu Raja Granada pada masa itu ditawarkan dengan perjanjian yang dinamakan 'Perjanjian Granada' antara kandungannya Orang Islam dibenarkan melaungkan azan seperti biasa. Orang Kristian tidak dibenarkan mengintai-intai rumah orang Islam lebih-lebih lagi Masjid. Malahan, jikalau ada orang Kristian Sepanyol yang mengejek-ejek orang Islam,mereka akan dihukum mengikut Perjanjian Granada.

Terpedaya dengan janji-janji ini serta ditambah dengan golongan muslim yang mengkhianati bersama-sama dengan Kerajaan Kristian Sepanyol meruntuhkan kerajaan Islam terakhir di bumi Iberia itu. Tahun 1499, perjanjian itu diingkari, Cardinal Francisco Jiménez de Cisneros telah memulakan pengKristianan paksa orang Islam di Granada. Dikatakan,rumah-rumah keturunan Muslim dipaksa menggantung babi,tanda mereka bukan lagi Islam. Inkuisi Sepanyol dimulakan,sesiapa sahaja yang tidak Kristian Katolik disalib dan mata mereka dicungkil. Ribuan muslimin dipaksa murtad. Walaupun pemerintahan Abu Abdullah tidak sempurna (dan dikatakan beliau telah merebut kuasa dari bapanya sendiri), tetapi dia masih Islam dan iman umat Islam masih terjaga di bawah pemerintahannya yang dikritik sebagai lemah dan lembab.

Kesimpulannya kita sebagai umat Islam janganlah sampai tergadai agama kita,jika kita berpegang Al-Quran dan As-Sunnah kita pasti akan dapat mengangkat martabat bangsa ,agama dan negara kita kerana ini telah dijanjikan Allah didalam al-Quran.


قال الله عز وجل :يا أيها الذين آمنوا إن تنصروا الله ينصركم ويثبت أقداكم
"Wahai orang-orang yang beriman kalau kamu membela ugama Allah nescaya Allah membela kamu untuk mencapai kemenangandan meneguhkan tapak pendirian kamu"

Dari sudut fakta dan sejarah, April Fool adalah berasal dari penukaran Tahun Baru kalendar Gregorian (Masihi) dari 1 April ke 1 Januari pada tahun 1564, manakala jatuhnya kerajaan Islam Granada ke tangan Kristian adalah pada 2 Januari 1492.

Walaubagaimanapun, hari April Fools tetap tidak boleh disambut atau dibesar-besarkan oleh orang-orang Islam, kerana ia mempunyai unsur- unsur tipu helah, ketidakjujuran dan boleh merosakkan hubungan silaturahim sesama kita yang mana kesemuanya ini adalah bukan nilai Islam. [source]

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Mechalution © 2011 | Designed by Bingo Cash, in collaboration with Modern Warfare 3, VPS Hosting and Compare Web Hosting