Pages

Kelemahan Facebook

Saturday, April 02, 2011






Facebook.com merupakan satu laman sosial yang paling hangat dipasaran. Boleh dikatakan setiap manusia di seluruh pelusuk dunia mempunyai akaun Facebook samada sebagai tujuan bersosial, menyebarkan dakwah serta dakyah serta sebagai medium pasaran yang strategik.

Adakah anda pernah terdengar atau terbaca bahawa rangkaian sosial Facebook ini mempunyai kaitan dengan Freemasonary? Perkara ini mungkin sahih dan juga mungkin tidak. Boleh dikatakan sejak kemunculan Facebook pada tahun 2004, hampir semua rangkaian sosial yang lain seperti MySpace, Friendster dan yang sewaktu dengannya telah berjaya ditumbangkan oleh Facebook.

Facebook membenarkan penggunanya untuk berkongsi sebarang maklumat tanpa had dengan sistem privacy yang agak efisyen. Ini merupakan suatu perkara yang baik dimana pengguna Facebook dapat mengawal maklumat mereka di akaun Facebook samada untuk membenarkan kepada everyone, mutual friends, friends dan only me.

Setiap perkara didunia ini mempunyai kelamahan, termasuklah Facebook. Anda mesti tengah tertanya-tanya apakah kelamahan Facebook. Mungkin selepas pendedahan kelamahan Facebook sampai ke telinga Mark Zuckerberg, kelemahan ini pasti dapat diatasi.

Kelemahan Facebook ini sebenarnya telah disedari oleh seseorang yang ingin melihat segala maklumat pricavy kawanya yang lain. Anda juga boleh mengalaminya sendiri. Caranya mudah sahaja, anda hanyalah perlu deactivate akaun Facebook anda dan re-dectivate. Voila, anda akan dapat melihat semua maklumat privacy kawan anda yang mana sebelum ini anda tidak dapat melihatnya. Sekiranya anda pernah di block mugkin selepas anda deactivate akaun Facebook, anda sudah tidak di block lagi.

Tiada jaminan, dengan mengunakan cara ini anda dapat melihat maklumat privacy kawan Facebook anda yang lain. Anda bolehlah mencubanya sendiri. Sekiranya berhasil, sila hantarkan komen anda disini sabagai bukti atau testimony kesahihan kelemahan Facebook dan sekiranya tidak berjaya, mungkin pihak Mark Zuckerberg telah membaik pulih kelemahan ini.

Jadi peringatan daripada saya sendiri, berhati-hatilah dalam bersosial terutamanya dengan rangkaian sosial secara online. Selamat Mencuba!!!

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Mechalution © 2011 | Designed by Bingo Cash, in collaboration with Modern Warfare 3, VPS Hosting and Compare Web Hosting