Pages

Hanya Sekadar Logo

Thursday, May 26, 2011 0 comments
Jom kita merungkai makna tersirat di sebalik logo ataupun lambang yang terdapat di dalam persekitran serta apakah kesan-kesannya.....

Coach Wanita KTM



Pernahkah anda melihat logo ini di semasa menggunakan perkhidmatan KTM, samada untuk pergi ke Mid Valley ataupun ke KL Sentral? Usaha untuk mewujudkan gerabak khusus kepada kaum Hawa merupakan satu langkah yang bagus untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku kepada kaum wanita. Namun masih terdapat orang yang tidak menghormati peraturan yang ditetapkan oleh KTM. Itu bukanlah isu yang hendak saya bingcangkan disini. Jom mengkaji logo ini... Terdapat 2 gambar bunga ros yang melambangkan kelembutan seorang wanita. Warna tema yang digunakan ialah putih serta jambu (pink). Semuanya ok setakat ini. Perasankan anda terhadap lambang ataupun icon yang terdapat ditengah-tengah logo, yang mana gambar seorang wanita yang berambut pendek. Apakah yang anda fikirkan? Hanya sekar lambang untuk menunjukkan wanita? Tapi pada fikiran saya, terdapat satu mesej ataupun reflex secara tidak sedar, yang mana kita sebagai orang muslim merasa perkara itu hanyalah perkara biasa. Persoalan disini kenapa gambar wanita yang ditonjolkan disini murupakan gambar seorang wanita yang berambut pendek serta tidak memakai tudung? Memanglah benar, Malaysia merupakan negara majmuk. Tetapi logo ini akan memberi impak kepada masyarakat bahawa wanita yang tidak berhijab adalah satu kebiasaan. Ini hanyalah pendapat peribadi... Fikir-fikirkanlah...

Logo Toilet

Sesiapa yang tidak pernah melihat logo ini semestinya tidak pernah menggunakan tandas awam. Logo ini boleh dikatakan telah diselaraskan untuk membezakan tandas lelaki dan wanita. Manakan tidaknya, setelah melihat logo ini, perkara pertama yang terbayang difikiran adalah tandas. Begitu kuat pengaruh logo kepada minda manusia. Logo di sebelah kira, seorang lelaki yang tengah berdiri. Saya rasa tiada masalah. Logo di sebelah kanan juga seorang lelaki yang sedang berdiri dengan memakai skirt. Bunyinya agak kelakar. Sepertimana yang diketahui umum, logo yang mempunyai skirt menjadi simbol kepada wanita. Ah, ha'. Timbul lagi satu persoalan, kenapa skirt? Sedangkan bukan semua wanita memakai skirt. Logo ini mengaitkan skirt dengan wanita. Sebenarnya terdapat banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk dijadikan icon kepada wanita, tetapi perempuan yang tidak berhijab serta berskirt juga menjadi pilihan. Inilah yang dikatakan dibawah pengaruh World Order, yang mana sekarang dipegang oleh kuasa Barat.

Mallboro

Logo ini bukan bertujuaan untuk menggalakkan anda merokok, tetapi terdapat maksud tersirat didalamnya yang telah diceritakan oleh pensyarahku. Malboro merupakan satu produk rokok yang agak terkenal didunia. Pertama sekali, perhatikan pada tulisan "L" dan juga "B" pada logo Marlboro. Apakah yang anda perasan? Hanya sekadar tulisan? Mesej yang terdapat pada huruf "L" dan "B" dapat dilihat pada cara typographynya. Cuba terbalikkan logo Marlboro, apa yang anda lihat? Sebenarnya huruf "L" dan juga "B" merupakan lambang kaki manusia yang diterbalikkan, dimana kepala berada dibawah dan kaki berada diatas. Sekiranya anda tidak dapat membayangkan, tidak mengapa. Mesej kaki terbalik ini membawa maksud penyiksaan yang dilakukan oleh satu puak terdahadap puak yang lain. Dan perkara kedua ialah simbol yang bewarna menah yang terdapat diatas sekali pada logo. Simbol itu merupakan huruf "K", dan terdpat 3 simbol "K" yang terdapat pada sekotak rokok Marlboro. Apakah makna "K" itu? King? Kelantan? Kancil? ...... "K" disini membawa makna KILL dan terdapat 3 KILL yang telah dilakukan yang berkaitan dengan kaki manusia yang digantung  dalam keadaan terbalik itu. Sebenarnya logo Marlboro  mempunyai kaitan dari sudut sejarah. Sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih teliti silalah rujuk kepada sejarah.

one dollar

Saya rasa kebanyakan orang sudah sudah mengetahui makna tersirat yang terdapat dalam wang satu dollar USD ini. Ianya berkaitan dengan freemason ataupun one eye.

Information Awareness Office

Logo IAO ini juga ada kaitan dengan gerakan freemason. IAO merupakan satu pertubuhan, yang mana tempat untuk mengumpulkan serta mengawal maklumat seluruh dunia. Jadi berhati-hatilah dengan internet.


Setakat itu dahulu perkongsian serba sedikit mengenai logo. Setiap logo mempunyai seni serta makna yang tersendiri.

Allah Is Always By Your Side

Thursday, May 19, 2011 0 comments

Masa itu bukan emas, bahkan lebih daripada itu

Wednesday, May 18, 2011 0 comments
Surah al-Asr mengandungi tiga ayat. Ia tergolong dalam kategori surah Makiyyah dan diturunkan selepas surah al-Inshirah. Hubungan surah ini dengan surah al-Takathur.


Dalam surah al-Takathur disebutkan bahawa mereka suka berbangga-bangga dengan jumlah yang banyak dan dengan apa saja yang dapat melalaikan mereka daripada mentaati Allah SWT.
Dalam surah ini pula disebutkan tabiat manusia yang mendorongnya kepada kebinasaan dan menjerumuskannya ke lembah kehancuran, kecuali orang yang dilindungi oleh Allah SWT dan dihindarkan daripadanya kejahatan hawa nafsunya.
Oleh itu, keterangan ini menjadi sebab turunnya surah al-Takathur. Di samping itu, disebutkan juga orang yang mengikut hawa nafsunya dan telunjuk syaitan sehingga terjerumus ke lembah kebinasaan.
Dalam surah ini juga disebutkan orang yang menghiasi diri mereka dengan tabiat yang baik, beriman kepada Allah SWT dan beramal soleh serta saling menasihati antara saudara-saudaranya agar berpegang teguh dengan tali kebenaran dan sabar menghadapi perkara-perkara yang tidak diinginkan.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. (al-Asr: 1-2)
Firman Allah SWT: Demi masa.
Al-Maraghi berkata: Allah SWT bersumpah dengan masa kerana di dalamnya terdapat banyak peristiwa dan pelajaran yang dijadikan sebagai petunjuk tentang kekuasaan, ketinggian hikmah dan keluasan ilmu-Nya.
Perhatikan kepada siang dan malam yang silih berganti yang kedua-duanya merupakan tanda-tanda kekuasaan Allah SWT sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan
Perhatikan juga kesenangan, kesengsaraan, sihat, sakit, kaya, miskin, segar, letih, susah, gembira dan sebagainya yang boleh dijadikan sebagai petunjuk bagi orang yang berfikiran waras bahawa alam ini mempunyai pencipta dan pentadbir.
Dia adalah Allah SWT yang sepatutnya dijadikan tumpuan ibadah dan tempat memohon untuk menghilangkan penderitaan dan mendatangkan kebaikan. Akan tetapi orang kafir selalu menghubungkan peristiwa buruk kepada masa.
Mereka berkata: “Ini salah satu antara malapetaka yang disebabkan oleh masa. Ini adalah bala musibah. Lalu Allah SWT memberikan petunjuk kepada mereka bahawa masa itu termasuk antara makhluk-makhluk-Nya yang di dalamnya (masa) berlaku pelbagai peristiwa baik atau buruk.”
Oleh sebab itu, jika seorang ditimpa musibah maka perkara itu hasil daripada perbuatan tangannya sendiri, bukan disebabkan oleh masa.


Firman Allah SWT: Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian…
Al-Maraghi berkata: “Sesungguhnya makhluk ini benar-benar mengalami penderitaan seperti kerugian dalam amal perbuatannya kecuali orang yang dikecualikan oleh Allah SWT.”
Justeru, amal perbuatan manusia itu yang menjadi punca kesengsaraannya, bukannya masa dan tempat. Amalan itulah yang menjerumuskannya ke lembah kebinasaan sehingga dosa seseorang terhadap Tuhannya yang mengurniakan pelbagai nikmat kepadanya dianggap dosa pelanggaran yang tidak ada tandingannya.
Sumber : ePondok

Mechalution Wallpaper #1

Monday, May 16, 2011 0 comments
1366 X 768

Metafora Persahabatan

Tuesday, May 10, 2011 0 comments

iPhone 4 Putih Kini Di Malaysia

0 comments
Setelah dinantikan sekian lama, akhirnya para peminat Apple yang ingin mendapatkan iPhone 4 dalam variasi warna putih, boleh mendapatkannya, dimana Maxis telah pun mengumumkannya melalui halaman iPhone mereka. Selain daripada itu, Celcom juga dijangka akan menawarkannya bermula Ahad ini, selain DiGi yang masih lagi tidak diketahui pelancarannya.
iPhone 4 Putih membawakan spesifikasi yang serupa seperti iPhone 4 sebelum ini, dan harganya juga dijangka akan serupa dengan apa yang ditawarkan pada iPhone 4. Namun begitu, dengan kadar cukai yang dihapuskan untuk peranti pintar, serta nilai ringgit yang semakin kukuh, mungkin kita akan dapat melihat harga yang ditawarkan kelak menjadi lebih murah lagi.
Apple juga diperkatakan akan memperkenalkan iPhone generasi akan datang, ataupun iPhone 5 sekitar bulan Ogos atau September kelak. Namun info lanjut berkaitan dengannya masih lagi tidak diketahui buat masa ini.

sumber : gajet.net

Batas-batas bergurau dalam Islam

0 comments
AGAMA Islam menggalakkan umatnya mengeratkan silaturahim sesama manusia agar kehidupan ini penuh dengan kasih sayang, perpaduan dan harmoni.
Kita juga digalakkan untuk menyenangkan hati sesama saudara kita. Salah satu cara untuk menyenangkan hati itu ialah dengan bergurau senda.
Adapun gurau senda itu suatu yang diharuskan dalam Islam kerana naluri dan fitrah manusia memerlukan hiburan untuk memperoleh ketenangan dan kesejahteraan. Bahkan boleh membebaskan diri daripada keresahan dan ketegangan.
Nabi Muhammad menjalankan kehidupan bersama para sahabat dan ahli kerabat baginda seperti manusia biasa. Baginda berkongsi kesedihan, kesusahan dan musibah dan baginda juga pernah bergurau senda.
Antara senda gurauan Rasulullah ialah sebagaimana yang diceritakan oleh Al-Hasan: “Seorang perempuan tua telah datang kepada Nabi Muhammad, lalu berkata ‘wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah SWT supaya aku dapat masuk syurga.”
Maka Rasulullah bersabda: “Wahai ibu polan! Sesungguhnya orang tua tidak boleh masuk syurga.”
Lalu menangislah si perempuan tua itu. Dengan segera Rasulullah bersabda: “Khabarkan kepada perempuan itu bahawa sesungguhnya dia tidak akan masuk syurga dalam keadaan dia tua.”
Lalu dibacakan firman Allah yang tafsirnya: Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa serta Kami jadikan mereka sentiasa dara, yang tetap menjadi jodohnya serta yang sebaya umurnya.
Dalam senda gurauan Rasulullah yang lain lagi ialah sebagaimana dalam sebuah hadis yang maksudnya: “Daripada Anas bin Malik, bahawa seorang lelaki meminta kenderaan Rasulullah lalu baginda bersabda: Sesungguhnya aku akan membawamu di atas anak unta betina. Lalu orang itu berkata: Apa yang dapat saya buat di atas anak unta betina? Baginda menjawab: Bukankah yang melahirkan Al-Ibbal (unta jantan tua) itu hanya unta betina iaitu ibunya dan unta jantan tua itu ialah anaknya”. (riwayat Al-Imam At-Termidzi)
Daripada kisah-kisah tersebut dapat kita lihat bagaimana Rasulullah bergurau tetapi dalam perkara yang benar, bukan perkara yang dusta.
Bahkan ia adalah disunatkan untuk menyenangkan hati orang lain. Walau bagaimanapun Islam melarang kita daripada bergurau terhadap perkara yang sia-sia kerana gurauan itu membuat orang ketawa berlebihan dan boleh menyebabkan keras hati serta melalaikan daripada mengingati Allah.
Nabi Muhammad berpesan dalam sebuah hadis maksudnya: “Daripada Abi Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati”. (riwayat Al-Imam At-Termidzi)
Berkata Imam Al-Nawawi: “Gurauan yang ditegah itu ialah gurauan yang melampaui batas dan sering dilakukan sehingga melalaikan daripada mengingati Allah.”
Sesungguhnya jika gurauan kita itu bermaksud untuk menyenangkan hati orang lain terutama mereka yang dalam kesusahan, maka Allah SWT akan memberi ganjaran kepada mereka.
Bagaimanapun, jika gurauan itu boleh membawa kemudaratan, kesusahan atau mengakibatkan perkara buruk kepada orang lain, kita akan mendapat dosa.
Oleh yang demikian, berwaspadalah dengan senda gurauan yang melampaui batas atau berlebihan. Janganlah dalam gurauan itu ada unsur-unsur menghina, mencerca, mengolok-olokkan dan menyakiti orang lain kerana ia boleh mencetuskan permusuhan dan kemarahan sehingga menyebabkan terputus silaturrahim.
Jangan juga dijadikan senda gurauan itu suatu kebiasaan atau amalan kerana kesan yang tidak baik daripada gurauan itu mungkin akan terjadi.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak daripada lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka. Dan janganlah pula sesuatu puak daripada daripada kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain dan janganlah kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah panggilan buruk sesudah dia beriman dan ingatlah sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya maka merekalah orang-orang yang zalim. (al-Hujurat: 11)

sumber : epondok 
 
Blog Mechalution © 2011 | Designed by Bingo Cash, in collaboration with Modern Warfare 3, VPS Hosting and Compare Web Hosting