Pages

National Geographic : Inside the Muslim Brotherhood (2011) HDTV | 130 MB

Wednesday, April 27, 2011 0 comments
Documentary: 'Jatuhnya' Penguasa Mesir pada 2011, berkat bersatunya Jutaan "Muslim Brotherhood"

Screenshots:
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiQDIhHFDN63cXU_VSuAHfQ1ygly80sul4hhoEeegWGBjUwpiuszspFeimLedQ-Wc9qdGNlOJJ18MxXeyWF9GEfihZw3Plc5FlHApF979WTrNj9KJ_ZD1vE1CXED1rU3OqUSKgCekkkPHRZ/s1600/National+Geographic-+Inside+The+Muslim+Brotherhood+HDTV.jpg

Download Single Part 130 MB
http://www.enterupload.com/96ah0sgjmcmq

INFORMASI :
Release : March 2011
Genre : Documentary
Language : English (Hardsub English)
Size : 133 MB Duration: 45 Mins
Resolution: 624 x 352
Plot : In January and February 2011, millions of
Egyptians took to the streets to overthrow
the oppressive government of President
Hosni Mubarak. The catalyst to this
revolution, which enables large numbers of
protesters to organize themselves, was social
networking sites on the internet such as
Facebook. While many observers described the
revolution as a secular movement of disaffected
middle class youth, Inside Muslim Brotherhood
exposes the role of Egypts largest opposition
group and reveals what the future may hold as
the country finally emerges from Mubaraks regime.

Credit/source From smokeymovie.com

Posisi Tidur

Saturday, April 23, 2011 0 comments

Posisi tidur menurut Islam dan Sains



Diriwayatkan daripada Barra’ bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)
Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-
Tidur dengan meniarap
Dr Zafir al-Attar berkata:
“Seseorang yang tidur meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak.”
Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.
Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.
Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)
Tidur menelentang
Dr Zafir al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngnya rahang bawah.
Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.
Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang.
Tidur mengiring ke kiri
Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.
Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri
Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung di antara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.
Tidur yang terbaik


Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek di atasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.


Rujukan:
Mausuah al-I’jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak
oleh Dr Nadiah Toyyarah,
Musnad Imam Ahmad
dan kamus

Membuah Sabar

0 comments

Sabar; satu perasaan, tindakan yang tidak dapat didefinasikan.
Ramai yang mudah berkata "sabar ye?" apabila orang lain ditimpa masalah, tapi apabila diri sendiri diuji dengan ujian yang amat dahsyat, masihkah lagi perkatan sabar dapat bertahan dalam diri?
Ayuh! kita belajar bagaimana ingin membuah sabar.
Meminjam peribahasa "lain lubuk lain ikan" disamakan dengan "lain orang lain ujiannya".
Setiap ujian yang ALLAH beri berbeza-beza tertakluk pada kemampuan hamba-Nya. Lupakah kita pada firmannya?
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." - Surah Al-Baqarah, 286
Lihat! Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih, Dia tidak akan timpakan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu. Dia juga tidak akan jadikan suatu ujian itu sia-sia tanpa ada hikmah disebaliknya.

Ujian Rasulullah

Kita singkap kembali sirah, baginda Nabi Muhammad s.a.w, ujian  yang menimpa baginda sangat hebat.
Bermula semasa lahir, baginda sudah kehilangan ayahnya, kemudian ibunya, datuknya, disusuli bapa saudaranya, sehinggalah isterinya yang tercinta, Siti Khadijah.
Orang-orang yang baginda kasihi sudah mengadap Illahi.
Ini belum lagi termasuk ujian dalam menyebarkan Islam untuk sampai kepada kita pada hari ini, bermacam-macam ujiannya.
Dibaling najis, gigi baginda patah dalam satu peperangan, dipulau dan bermacam-macam lagi tekanan  yang baginda hadapi.
Tapi ujian itu tidak  pernah menghalang baginda supaya menjadi orang sabar.
Cuba kita renungkan kembali  di zaman baginda s.a.w dahulu  tiada handphone, tiada facebook, tiada yahoo messenger dan tiada kemudahan internet seperti yang kita ada pada hari ini, tapi lihatlah kerana kecekalan, kesabaran baginda dan para sahabat, Islam sampai kepada kita hari ini dan kita mengenal Allah dan merasa indahnya iman.
Mungkin ada sesetengah mengatakan bahawa  baginda dapat menghadapi ujian-ujian tersebut kerana baginda merupakan seorang Rasulullah.
Mengapa pula begitu, baginda juga manusia biasa seperti kita, apa yang membezakan ialah baginda mempunyai keimanan yang benar-benar mantap.
Begitu juga dengan ujian yang baginda hadapi sesuai dengan kemampuan baginda.
Ujian yang hebat untuk manusia yang hebat! Kita bagaimana?

Bicara tentang iman

Iman itu ialah ketaqwaan kepada Allah, penuh khauf dan raja'. Jadi apabila kita ditimpa ditimpa sesuatu musibah atau ujian pintalah kepada Allah agar dibesarkan iman untuk kita hadapinya bukan diminta dikecilkan masalah yang kita hadapi.
Kita boleh mengatasi segala ujian yang Allah berikan dengan tenang jika kita punyai pergantungan yang tinggi kepadaNYA.
Oleh itu apa jua masalah yang ada, muhasabah kembali hubungan kita dengan Allah, renungkanlah kembali.
Adakah kita telah menjaga sebaik-baiknya hubungan kita dengan-Nya?
InsyaAllah jika kita jaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan jaga hubungan kita dengan yag lain. Allah akan bantu kita dari segenap sudut yang kita tak sangka-sangka.
Tapi kalau saya dah jaga hubungan dengan Allah sebaiknya macammana pula?
Jika begitu, kita perlu muhasabah kembali, mungkin  tanpa kita sedari ada hak-hak dengan Allah kita tak tunaikan, begitu juga dengan hubungan sesama manusia.
Dan jika dah jaga semuanya, itulah dinamakan ujian sama ada kifarah dosa-dosa lepas atau peluang kita merebut pahala dan meningkatkan iman. Bukankah kita ini hanya manusia?
Jangan pernah lupa bahawa kita adalah hamba Allah s.w.t. Jadi, kita layak diuji kerana kita hanyalah hamba-Nya.

Jadilah hamba yang bersyukur.

Apa jua yang ada dalam hidup, syukurilah, belajarlah jadi orang yang sentiasa bersyukur. InsyaAllah  masalah-masalah yang kecil tidak akan timbul, dan kita akan miliki sifat sabar.
Rasulullah s.a.w, walaupun dijamin syurga tapi Baginda s.a.w, tetap  menunaikan solat  dan ibadah malam sampai kakinya bengkak-bengkak.
Dalam satu hadis, apabila ditanya Aisyah r.a, mengapa Baginda  beribadah malam sehingga kakinya bengkak sedangkan baginda sudah dijamin syurga, Baginda menjawab dengan tenang, "Aku ingin jadi hamba yang bersyukur".
Salam mujahadah membuah sabar.

Jenis-jenis Cinta Bukan Menurut Islam. Act, Tak ada kena Mengena Pun dengan Agama

0 comments
Assalamualaikum





Hello Angel-boy and Horn-ny girls sekalian.



Lately, I have been in... in the situation of... errr.. you know, love matters. No, I mean, people keep asking me about love-thingy. And currently, I got this;



Abang Kayyyyy. . Abang Kayyyy dah lama tak kutuk perempuan. And and and. Abang Kayyyy dah lama awak tak tulis pasal love niw :.


Well, here is the thing. Aku sebenarnya agak busy. Busy dengan... bermacam benda. Busy dengan family, dengan kawan, dengan bowling dan dengan... Dota. Yeahh, Dota. Wait, Dota = Dunia Orang Takder Awek? Puh-lis. Myth busted.



Currently, aku ada dalam 20 email yang aku tak sempat nak reply, 200 soalan formspring tak akan tak ada masa nak jawab dan beratus komen blog yang aku tak reply. Still, aku busy dengan presentation.



Actually kan, beberapa minggu yang lepas, aku ada terbaca blog seorang budak ni. Budak ni dulu dia famous gila kat Friendster dan Myspace sebab dia selalu buat template / layout myspace sendiri. So, dia memang famouslah. Lagi famous dari Cik Epal (dulu lah) yang kini tengah bahagia dengan Mr B. Then masa baca blog awek tu, aku rasa macam wow, nice blog. Blog cantik, template buatan sendiri, entri menarik, ownernya bermana EykaHamasuba dan dia comel. Actually, tu je aku nak cakap; ownernya comel.



And dari blog awek tu, ada satu entri yang girls *rolling eyes* akan suka. Which is Jenis-jenis Percintaan. Ya, girls kan suka benda yang eww eww macam ni. Actually, lelaki pun suka. Tetapi lelaki suka yang lagi 'advance'. Perempuan suka 'feel the love' while lelaki suka 'buat love'. Atau dengan bahasa lain 'menghasilkan love' (Mengorat). Atau dalam Bahasa Englishnya, 'make love'. Oh God, it sounds so wrong.



But still, entri ni adalah based on entri tersebut.





So, memandangkan aku ada banyak masa lapang (?), aku dengan baik hatinya, membuat sedikit research tentang jenis-jenis love ni. Seperti yang kita tahu, ada 6 jenis loves which is;



  • Agape love - Self Sacrifice.
  • Eros love - Cinta Nafsu
  • Ludus love - Play-play love.
  • Mania love - Obsess with love.
  • Pragma love - Steady
  • Storge love - Friendship.


So, mari kita tengok dengan lebih detail.



Agape - Self sacrifice.

Well, pernah tak korang nampak a girl yang amat tergila-gilakan si lelaki sampai sanggup buat apa saja demi lelaki tu termasuk merana-kan diri sendiri? And ya, apa yang lelaki tu nak, perempuan tu mesti kasi. Well... bak kata Hlovate, IQ girls orang yang bercinta memang akan jatuh merudum. And sometimes, mereka akan buat something yang amat stupid demi untuk someone yang dia cinta. And ya, the type of person yang sanggup buat benda-benda stupid demi someone yang mereka sayang ni di panggil Agape-ewwww.





Merujuk kepada Wikipedia, Agape berasal dari perkataan Greek yang bermaksud 'Ewwww'. Merujuk kepada Kamus dan Dewan Bahasa K, 'Ewwww' bermaksud 'Love'. Dan merujuk kepada some 'certain' Bible, Agape merujuk kepada Self-Sacrifice-Love. Which is, yeah "Aku merana tak apa, asalkan dia bahagia". Puh-lis.



So, here is the thing about Agape:

  • Bercinta gila-gila.
  • Syok sendiri (berangan).
  • Dominating dalam hubungan.
  • Sanggup habis kan beratus-ratus for girlfriend(s) / boyfriend(s) sampai sendiri tak makan.
  • Amat setia.


Out of all, kita boleh conclude sebagai... Stupid love. Yaa. Awesome. Except when we talk about Religious Relationship. Sebab, aku rasa it is a waste kalau kita seksa diri kita for someone yang kita tak sure pun yang kita akan kahwin dengan dia. Ianya umpama korang buat segalanya demi Si Dia dengan harapan Si Dia diciptakan untuk korang. Atau dengan bahasa lainnya "Hey, get your pants off and come rock my world. Dun worry hunny, esok lusa kita kahwin gak kan. So, apa kata kita advance kan first night kita? Awsome kan?". Hey, good line dude. And aku tak tahu nak blame siapa; either si lelaki amat bijak untuk menipu perempuan, atau perempuan terlampau tak pandai sampai boleh di tipu oleh lelaki.



Well, kalau korang bercinta jenis macam ni, aku nasihat kan untuk relax dan berfikir secara rational. And you need to remember, most of lelaki amat tak suka kat perempuan yang dependent dan yang asyik nak berkepit.





Eros (Cinta Nafsu)



Andaikata suatu hari korang pergi ke mall. Tengok wayang. Tengah dok tengok wayang tu, korang perasan ada awek comel kat kerusi sebelah. So, korang pun terus tertarik kat awek tu atas nama love at the first sight. Selepas tertarik, sure ah buat move untuk berkenalan. Selepas dah dapat no phome dia, korang akan rasa macam heaven gila. Rasa macam "OMG I AM SO IN LOVE". And eventually, esok pagi bila korang bagun tidur, korang rasa macam tak ada apa-apa. Dah tak ada dah perasaan IM SO IN LOVE tu. Love tu hanya temporary feeling. Ya, ianya di panggil Eros. Atau Erotik-type of love situation. Sesuai untuk one night stand kalau dalam kes Barney. Why? Sebab dalam kes ni, Eros lebih kepada love at the first sight. Dan love at the first sight adalah based on visual inspection which is most of the time adalah berkaitan dengan nafsu semata-mata.





Dan, aku boleh kata yang cinta pandang pertama mudah gagal sebab... Yas, pandang pertama. Apa yang korang expect pada pandang pertama? Korang tak kenal pun mamat tu. Korang nampak first time muka dia, then jatuh cinta kat fizikal dia. And then how about bab bukan fizikal? How about bab moral dan dalaman? And how about other factors?



Don't get me wrong. Ada je orang bercouple yang based on the first sight love and now dah kahwin. So maksudnya love at the first sight might works. Everything is possible. Tapi still, kemungkinannya adalah rendah. Sebab, once korang dan betul-betul kenal someone, korang kena decide korang boleh terima atau tak dia punya bad habits. Yes, setiap orang akan ada bad habit yang susah nak nampak. Dan once bila dah nampak, sure akan rasa macam nak get away. Korang patut tonton How I Met Your Mother (HIMYM) Season 3 Episode 8. Then korang sure akan faham.



For Eros,

  • Ianya based on nafsu penglihatan semata-mata.
  • Most of the time, failed. 
  • Ianya umpama blind date dan cyber love. Korang percaya pada cyber love? And blind date? 
  • Most of the time, tak setia.
  • Perasaan - Easy come, easy go.






Ludus (The Player)





Korang tahu tak kenapa playboy dan playgirl wujud? Ya sebab dieorang suka flirt. Korang tahu tak kenapa orang suka flirt? Sebab ianya FUN YEAH! I mean... erm... sebab ianya fun. Yup, main tarik tali dan Catch-me-if-you-can itu semestinya fun.



"Ludus is a playful and flirtatious love. People who enjoy the chase phase of a relationship may experience this type of love. They enjoy chasing, playing the game and the conquest of a new person. However, once they catch this person, the relationship i often over."


Its gonna be great kalau Ludus bercampur dengan Eros. Ya, sebab dia akan menghasilkan Barney yang definitely tak nak komitment. As for the Ludus, perasaan dia mudah memang mudah berubah. Dan, dia definitely akan rasa bangga kalau pernah bersama dengan banyak awek atau skandal. Untuk person yang amalkan ludus, there is no way dia akan berada di dalam relationship. So yeah, korang sure tak nak jatuh cinta kat sesiapa yang player dan ber-Ludus.



For Ludus;



  • Akan tinggalkan tabiat ber-Ludus bila dah sampai satu tahap matang
  • Inginkan advanture
  • Amat tak setia
  • Touch and go
  • Bermulut manis bila dengan perempuan. (Aku tak. Aku baik)


Mania

Well, korang pernah tak nampak crazy girl or boy yang amat obses dengan pasangan masing-masing? Kemana pasangan tu nak pergi, dia mesti bagi tahu. Malam-malam sebelum tidur, wajib buat lulaby song. Tak buat, merajuk dua hari. Bila dah merajuk, mesti pasangan kena pujuk. Kalau tak pujuk, dia akan mintak putus.





And not to mention, maniac love ni adalah super obsess sampaikan dia nak full attention for all the time at all cost. Maniac ni kadang-kadang kat lelaki pun ada. As for lelaki, dia akan stalk facebook girlfriend(s) dia. Dia akan stalk twitter crush dia. Actually, aku rasa macam aku pernah jadi love maniac masa muda-muda dulu. Tapi tak ada lah teruk sangat. Just biasa-biasa je. Well, normal lah tu zaman muda-muda. HAHA



Ehem.



Tapikan, most of the time, cinta jenis mania ni ada pada perempuan. Si girl memang akan expect Prince Charming atau Mr Perfect untuk jadi boyfriend dia. Dia nak lelaki yang perfect. Dia nak lelaki yang tak bercakap dengan perempuan lain. Dia nak lelaki yang romantik gila. Romantik umpama Romeo. Dia nak lelaki yang bersama dia setiap masa dan menjadi romantik setiap ketika. Most of Maniac-Type-Lover, dia memang utamakan cinta dari segala-galanya. Everything is about love.



For Maniac;

  • Tak ada kepercayaan antara pasangan.
  • Tak yakin pada diri sendiri.
  • Tak ada ruang dalam perhubungan.
  • Sama seperti Agape. Tapi Agape menyusahkan diri sendiri manakala Mania menyusahkan pasangan yang kena keep bagi perhatian.


Most of the time bila bercinta, kehangatan dan keromantikan tu hanya datang pada minggu pertama je. Bila dah makin lama, makin kurang keromantikan tu. Well, ada banyak sebab kenapa jadi macam ni. Ianya amat bagus kalau korang tak patut declare apa-apa bila baru kenal tak sampai satu bulan. Sebabnya,



"A guy and a girl can be just friends but at one point or another, they will fall in love for each other. Maybe temporarily. Maybe at the wrong time. Maybe too late. Or maybe forever. Or maybe you are not the one. And I think the answer is the last one." Syafiq Adli CK. Kasanova MIAT.


Ya, seriously, ada banyak sebab kenapa lelaki nampak macam player. Mula-mula kata suka, tepi esok lusa terus tak reply call. Antara sebabnya adalah 'She is not the one'. Solid answer. No more love-love. No more feeling-feeling.





Pragma (Steady)

Masa dulu-dulu, aku selalu lepak-lepak kat sebuah forum ni tau. Dan dalam forum tu, ada orang utarakan masalah pasal dia dan isteri dia. Dari first post aku baca hinggalah post terakhir yang di post oleh comentator, tak ada sorang pun yang cakap pasal cinta. Semuanya bercakap pasal tanggung jawab kat anak, kewangan, hubungan silaturahim dan sebagainya.



So, aku start to think yang dalam dunia ni, memang banyak orang yang mempunya Pragma type of love . Most of the time, kebanyakkan pasangan berkahwin akan masuk ke Pragma-Love-phase bila umur dah mengingkat tua. Love starting to fade away dan yang tinggal tangungjawab yang besar bersama saki baki sayang. Ini adalah dari apa yang aku baca. Dan aku harap, ianya tak benar.





Dalam Pragma-concept, love-love ni memang tak banyak. Ada pun, sikit je. Just cukup-cukup makan je untuk terus hidup bersama sampai ke tua. It just like normal friend. Korang boleh berkawan dengan semua orang kan? Boleh lepak-lepak dengan kawan biasa kan? Boleh tengok wayang dengan kawan biasa kan? Even tak sebest lepak dengan kawan baik, tapi still seronok kan? Ya, macam tu la juga dengan Prama ni. Segalanya tak berkaitan dengan love. Segalanya adalah based on dunia sebenar (Love-love ni dunia khayalan je). Ya, sebab Pragma adalah lebih realistik.



For Pragma;

  • Both pasangan tak mementingkan sangat cinta.
  • Amat bertentangan dengan Mania.
  • Tak sepenuhnya rasa the passion of love.
  • Mostly berkekalan. Tapi juga ianya based on jodoh.
  • Kalau tak berkekalan, mostly di sebabkan oleh orang ke tiga.


Apa pun, aku harap perasaan yang aku ada masa mula-mula bercinta akan kekal sampai ke tua.



Storge (Friendship)



Cute single girl can't be friends dengan cute single boy. Ya, that is so wrong. Super wrong. Actually, of course you guys boleh jadi kawan baik. TAPI, tapi hanya bila si lelaki pandai mengawal perasaan dia. Chance si perempuan akan jatuh cinta kat kawan dia adalah lower dari 5%*. Sebab once si perempuan dah set yang si lelaki tu hanya kawan biasa, maka, amat susah bagi dia untuk fall in ewwww. Tapi bagi lelaki, adik angkat tak rasmi pun dia boleh jatuh cinta. Apatah lagi kawan biasa, kan? So, chance untuk lelaki jatuh cinta kat kawan perempuan dia adalah almost 60% which is huge percentage. Well, itu pendapat aku lah. Tapi dalam dunia ni, tak ada benda yang mustahil.





But, korang tau tak. Once kawan baik bercinta, it's gonna be awesome. Well, ada yang suka bercinta dengan kawan. Dan ada yang suka bercinta dengan someone yang romantik. Well, most of the time, its gonna be both and we called it as Storge Love. Percintaan yang romantik yang based 100% on persahabatan. I said 100% based on persahabatan. Kalau bab lelaki mintak no phone dengan alasan nak 'berkawan' tu, itu dah kira lain. Itu bullshit.



Things about storge-eww ni adalah:

  • Tak pandang fizikal.
  • Lebih rasional dan utamakan kebahagiaan bersama.
  • Tahu pasal pasangan dengan lebih detail.
  • Boleh terima almost semua keburukan pasangan.
  • Kekal lama atau tak tu based on jodoh. Tapi most of the time, kalau dah bersama, akan kekal.
  • Tapi, once dah putus, akan jadi complete stranger. Susah untuk berkawan balik.
  • Bercinta dengan relax. Most of the time, tak ada cemburu buta dan etc.




Actually, penting sangat ke love eww-eww ni? Bertarik rambut kerana seorang lelaki. Bertumbuk kerana seorang perempuan dan berciuman kerana sebuah KLCC. Kenapa sampai macam tu sekali? Then bila dah frust, mulah lah terfaktab. Dan yang tak boleh blah, kenapa bila bercinta je, semua orang expect nak cari percintaan yang super romantik?  Romantik macam Romeo and Juliet? Lagi pun, peh-lis, korang ingat Romeo tu wujud ke?



Wait. What? Romeo tu wujud? Well, kalau betul la Romeo tu wujud, maka Romeo adalah lelaki ke dua paling romantik di dunia. Dan korang tahu tak siapa lelaki nombor satu paling romantik di dunia? Actually, aku pun tak tahu siapa dia. But I heard, he got cool blog.



So, jenis percintaan macam mana yang korang prefer and which one are you?

World Order

Friday, April 22, 2011 0 comments
WORLD ORDER

Apakah yang anda ketahui mengenai World Order? Sekiranya di"translate"kan dalam bahasa Melayu, ianya akan menjadi "Arahan Dunia". Setiap manusia yang bergelar pemimpin sudah tentu mahukan semua manusia menuruti segala arahan yang diperintahkannya yang mana untuk mencapai tahap yang paling tertinggi di dunia. Meneliti kepada kajian sejarah, World Order ini sering berubah dari zaman ke zaman disebabkan beberapa faktor.
Pada era masa kini, Amerika Syarikat (United State of America) telah menjadi World Order, dimana semua pemimpin dikebanyakan negara menjadikan Amerika Syarikat sebagai penunjuk aras ataupun model ikutan yang meliputi politik, ekonomi serta sosial.

New World Order (conspiracy theory)

In conspiracy theory, the term New World Order or NWO refers to the emergence of a bureaucratic collectivist one-world government. The common theme in conspiracy theories about a New World Order is that a secretive power elite with a globalist agenda is conspiring to eventually rule the world through an authoritarian world government — which replaces sovereign nation-states — and an all-encompassing propaganda that ideologizes its establishment as the culmination of history's progress. [source]
New World Order merupakan theori konspirasi? Inilah merupakan theori yang digunakan oleh Amerika Syarikat ataupun Freemason selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyyah di Turki oleh  Mustafa Kemal Atatürk. Sebelum keruntuhan Empayar Turki Uthmaniyyah, tamadun ISLAM telah mencapai World Order pada zaman pemerintahan Empayar Abbasiyah di Damsyik, dimana pada zaman ini tamadun ISLAM telah menguasai dua pertiga dunia. Dua pertiga dunia merupakan satu jumlah yang agak besar. Pada zaman inilah wujud pelbagai jenis ilmu yang mashur seperti ilmu perubatan (medic), ilmu astronomi (falak), ilmu matematik dan segala jenis ilmu yang terdapat didunia ini. Kegiatan pencarian ilmu amat pesat pada zaman Empayar Abbasiyah. Bilangan tentera ISLAM pada ketika itu amatlah banyaksekali dimana ada suatu kisah mengatakan,
Pada suatu ketika, seorang wanita ISLAM telah diganggu oleh tentera Rom, wanita itu telah menjerit nama Sultan yang memerintah pada zaman itu. Berita mengenai kejadiaan itu telah sampai ke telinga Sultan, dan Sultan telah menghantar utusan kepada raja Rom dengan mengatakan, "Barisan pertama tentera ISLAM telah sampai disempadan Rom yang mana di barisan akhirnya belum keluar dari kota, dan mereka ini merupakan tentera berani mati"
Raja Rom pada masa itu amat takut dengan Empayar Abbasiyah, lalu dia memerintahkan tenteranya menghantar wanita itu dengan selamat.
Kisah ini menunjukkan kepada kita betapa ramainya tentera ISLAM ketika itu. Namun Empayar Abbasiyah yang kuat itu telah ditumbangkan oleh Perang Salib pertama dan juga serangan Bangsa Mongol yang tidak pandai membaca dan tidak perpengetahuan serta mempunyai jumlah yang sedikit jika dibangdingkan dengan jumlah tentera Empayar Abbasiya. Faktor utama kejatuhan Empayar Abbasiyah adalah merupakan kelalaian terhadap matlamat asal penyebaran ISLAM, dimana terlampau fokuskan terhadap perkara yang remeh-temeh serta duniawi.

Cuba kita renungkan sejenak kegemilangan Empayar Abbasiyah yang kita banggakan telah hancur musnah oleh sekumpulan bangsa yang tidak bertamadun dan tidak pandai membaca. Bangsa Mongol ini juga telah melenyapkan pelbagai jenis ilmu yang telah dibukukan oleh cendiakawan ISLAM, dimana kebanyakan buku itu dibakar dan dilemparkan ke laut untuk dibuat jalan.

Namun pengaruh Empayar Abbasiyah masih lagi wujud pada zaman moden ini, dimana setiap graduan yang berjaya menamatkan pengajiannya, akan memakai jubah serta topi sewaktu hari konvokesyen. Jubah serta topi ini merupakan cebisan pengaruh Empayar Abbasiyah yang mana pada zaman itu, semua cendiakawan ataupun bijak pandai ISLAM memakai jubah serta serban.

Sebagai individu muslim, kita seharusnya mempunyai visi untuk mencapai tahap World Order yang mana kita dapat melaksanakan tanggunggjawab kita sebagai seorang hamba serta sebagai seorang khalifah di muka bumi ini. Mungkin pada zaman Mekah (zaman jaliliah), Nabi Muhammad SAW hanya dapat menarik sebanyak 313 orang untuk memeluk agama ISLAM, namun kita yang berada di zaman moden (zaman jahiliah moden) dapat melakukannya dengan lebih baik dengan perkembangan teknologi serta penyebaran maklumat yang pantas melalui Facebook, Tweeter dan sebagainya.


Untuk mencapai World Order :
1. Individu Muslim
2. Keluarga
3. Masyarakat
4. Negara Islam
5. Kerajaan Islam
6. Empayer Islam
7. Islam World Order

Aku Lemah TanpaMu Ya Allah

0 comments

Kuyakin Berlaku

0 comments
 
Blog Mechalution © 2011 | Designed by Bingo Cash, in collaboration with Modern Warfare 3, VPS Hosting and Compare Web Hosting